Sunday 7 July 2019

Model Gunung Berapi oleh Panitia Kimia

Sempena minggu stem yang telah berlangsung di SMK Durian Mas bagi tahun 2019, satu pertandingan membina model gunung berapi telah diadakan anjuran panitia Kimia. Panitia ini diketuai oleh Pn Noridawani Binti Mohammad. Pelajar-pelajar yang terlibat diberi tempoh masa sejak jam 8 pagi hingga 12 tengahari untuk menyiapkan model masing2. Bahan2 untuk membina model adalah dengan menggunakan tisu, kadbod, manila kad, kotak dan bahan2 terpakai mengikut kreativiti para pelajar.
Pn Idawani sedang memerhati anak didiknya bersedia untuk sesi demonstrasi.


sesi pembentangan dan demonstrasi lava berlangsung dengan baik oleh setiap ahli kumpulan sambal diperhatikan oleh juri2 yang terpilih.

Terima kasih diucapkan kepada semua juri yang terlibat iaitu cikgu Rohani, cikgu Yusarimi, cikgu Hasanuddin, cikgu Kamayizuddin dan cikgu Masrul.




Video ini adalah contoh semua bentuk model gunung berapi yang dihasilkan dan dipamerkan pada minggu stem kali ini.

Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana kita dapat melihat kerjasama berkumpulan, serta melihat kesungguhan para pelajar dalam membina model gunung berapi mengikut kreativiti dan imaginasi masing2.

No comments:

Post a Comment