Wednesday 9 October 2019

Aktiviti Panitia Biologi di Minggu Stem 2019

Semasa Minggu Stem SMK Durian Mas 2019, ada banyak aktiviti menarik anjuran panitia yang diketuai oleh cikgu Shukriati, iaitu Panitia Biologi. Antara aktiviti nya adalah pameran di dalam makmal Biologi, pertandingan dapur solar, pertandingan banana playdough dan demonstrasi pembedahan katak.

Panitia Biologi mengetengahkan tema Teknologi Hijau



Pertandingan Dapur Solar

Pertandingan Dapur Solar ini menghendaki pelajar untuk memasak telur dengan menggunakan solar. Pelajar menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk membina dapur berbentuk seperti oven dari kotak pizza terpakai dan memastikan telur yang dibekalkan berjaya dimasak dengan menggunakan tenaga solar.

Pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk membina dapur solar


Telur di pecahkan dan diletakkan di dalam dapur solar masing2.

Dapur solar kumpulan  masing2 di jemur bersebelahan anjung ilmu yang mendapat sepenuhnya cahaya matahari. Waktu ni cuaca agak panas sekita jam 11 pagi.



Inilah rupa dapur solar yang dihasilkan oleh para pelajar.


Pertandingan Banana Playdough

Pertandingan banana playdough ini memang sangat menarik kerana playdough(biasanya di panggil plastisin atau tanah liat) yang digunakan untuk aktiviti pertandingan ini diperbuat daripada kulit pisang! Kulit pisang di kumpul dan dijemur, kemudian di blend dengan mesin pengisar kering. Kulit pisang yang telah menjadi halus ini di campurkan dengan sedikit tepung gandum dan tepung jagung untuk menambahkan lekatan di antaranya, di uli sehingga menjadi doh yang boleh di gunapakai seperti plastisin.
Cara-cara penghasilan banana playdough. Boleh zoom untuk pembacaan yang lebih jelas :)

Pelajar mengambil sukatan mengikut keperluan kumpulan masing2. Kulit pisang yang telah dikeringkan perlu dipotong kecil2 sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengisar kering dan dikisar sehingga halus.


Juri pertandingan iaitu Ustazah Kamariah dan Puan Karsi sedang memerhati dan membuat penilaian pertandingan .

Model yang dihasilkan daripada plastisin pisang. Pelajar memilih pelbagai tema yang dipelajari daripada matapelajaran biologi untuk menghasilkan objek maujud menggunakan plastisin pisang. Ilmu bukan sekadar teori :)


Pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan banana playdough



Demonstrasi Pembedahan Katak

Para pelajar SMK Durian Mas amat bertuah kerana berpeluang untuk menyaksikan dan melakukan aktiviti pembedahan katak ini. Terima kasih kepada guru Biologi yang berjiwa kental dan tegar, cikgu Syukriati, yang menjadikan demonstrasi ini suatu kenyataan. Bukan semua pelajar yang belajar biologi berpeluang membuat eksperimen ini.

Wajah teruja para 'doktor' dmas sebelum aktiviti pembedahan berlangsung


Bergambar dengan katak hidup masing2.

Katak yang dicelup dalam larutan ubat penenang. Ini perlu supaya katak tidak bergerak semasa proses pembedahan dijalankan.


Pelajar khusyuk mendengar penerangan yang diberikan oleh cikgu Syukriati. Katak ini belum mati, cuma pengsan. Jadi semua organ dan jantungnya masih bergerak semasa proses ini berlangsung.

Doctor in the house :) :) :)


Pelawat-pelawat yang excited melihat katak2 yang telah siap dibedah.


Faiz ex student Dmas juga meluangkan masa untuk hadir dan memberi sokongan terhadap aktiviti ini.




Pameran Biologi

Banyak juga pameran yang menarik yang bercirikan STEM dari panitia biologi. 


Bahaya Merokok

Pengenalan tubuh manusia. Pelajar dan guru diberikan hadiah jika dapat melengkapkan nama bagi struktur tulang tubuh manusia


Pengenalan Xilem pada tumbuhan yang berfungsi mengangkut air dan mineral terlarut

Belon Ajaib iaitu campuran cuka dan soda bikarbonat di dalam botol yang menghasilkan gas hingga mengembangkan belon.

Gabungan cecair pencuci pinggan mangkuk dan gula menyebabkan gelembung belon yang besar dapat terbentuk.



Tahniah kepada panitia biologi atas kejayaan aktiviti dan pertandingan untuk minggu stem ini 😊