Friday 16 March 2018

Perangkap Buih Gergasi

Anda pernah melihat anak-anak kecil bermain buih di mana-mana tempat rekreasi terbuka? Memang seronok bermain buih ni. Melihat sejumlah buih yang berterbangan, atau melihat gelembung buih yang membesar  memang sangat mengujakan dan mendatangkan kegembiraan, tidak kira lah bagi orang dewasa ataupun kanak-kanak.

Aktiviti kelab stem kali ini adalah membuat bancuhan buih gergasi (bubble giant) dan membina perangkapnya (hand wand) mengikut kreativiti ahli kelab.

Berikut merupakan bahan-bahan untuk membuat buih gergasi tersebut.

                   ↝   250 ml sabun pencuci joy
                   ↝   5 sudu besar tepung ubi kayu
                   ↝   1.5 liter air

Resepi ni boleh saja di google atau di cari di dalam youtube. Ikatan buih akan jadi lebih kemas dan lebih lama dapat terapung di udara jika dapat ditambah glycerin sebanyak 2 sudu di dalam bancuhan. Tapi tak sempat ke farmasi untuk mencari cecair tu. Maka, sebagai alternatif, kami tambah dengan 3 sudu gula dan 1 sudu baking powder untuk menguatkan lagi ikatan antara molekul buih supaya dapat masa tambahan beberapa saat lagi buih di udara. Semua bahan-bahan di kacau dengan perlahan supaya buih tidak keluar terlalu cepat semasa proses persediaan ini.

Ahli kelab kemudiannya menyediakan perangkap buih (wand) masing-masing mengikut aktiviti. Setiap ahli dibekalkan dengan straw dan tali. Bermacam-macam rupa bentuk wand boleh dicipta. Jika anda ada kayu atau apa-apa alat yang panjang, dan tali cotton, boleh juga digunakan untuk penciptaan wand ini.

                         


                         
Ada yang cipta wand dengan pemegang. Jadi tangan tak terkena buih sabun. Mereka yang tak cipta pemegang leceh sikitlah. Sebab kena celup tangan sekali dalam air sabun tu hehe


Masa menguji wand masing-masing. Semua ahli kelab bergerak ke kawasan lapang berhampiran.

Cantik bubble yang terhasil dari ciptaan wand pelajar ini. Dia menyambung dua batang straw supaya dapat dijadikan pemegang. Jadi tangan tak terkena sabun. Good job!

Buih dapat terapung beberapa saat di udara.

Wand berbentuk segiempat sama.

Wand segiempat tepat

Angin yang kuat ketika ini amat membantu dalam menghasilkan giant bubble yang cantik :) :)

Bubble yang terhasil daripada wand berbetuk rumah. Macam-macam si nu'man ni haha memang kreatif.

bergumpal-gumpal bubble yang terhasil :)

Ni main berdua je siap bawa bekas jauh-jauh dari orang lain :)

Memang seronok. Belajar sambil bermain :)