Bermain roket air merupakan satu aktiviti yang mencabar,
namun ianya sangat menyeronokkan. Ia menguji daya kreativiti seseorang, dalam memastikan
roket berjaya diterbangkan dengan baik diudara, tinggi dan meluncur jauh. Benda
pertama yang anda perlukan untuk menjayakan projek ini, adalah pelancar roket.
Jika anda kreatif dan boleh membina sendiri pelancar tersebut, itu sangat
bagus. Tetapi guru-guru penasihat stem sekolah kami tidak ada kepakaran
tersebut. Maka, kami membeli pelancar roket secara online dari facebook
"Roket Air Cikgu Muslim". Anda boleh membeli pelancar tersebut dengan
harga bermula dari RM50. Pelancar beliau sangat mudah di bawa ke mana2, ringkas
dan ringan.
Selain pelancar roket,
bahan lain yang diperlukan adalah botol air 1.5 liter, kad manila atau kotak
untuk membuat muncung roket dan sayapnya, gunting atau pisau untuk memotong.
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4
orang pelajar. Pelajar-pelajar ini merekacipta roket masing-masing berdasarkan
kreativiti dan inovasi masing2. Jika anda membuat carian di youtube atau google
search, banyak teknik untuk membuat roket air ini. ada yang boleh dilengkapkan
dengan parachute payung terjun. Tapi buat permulaan, kelab kami hanya membuat
roket air ringkas tanpa parachute.
Para pelajar khusyuk dan tekun menyiapkan roket masing-masing.
Masa untuk melancarkan roket kumpulan masing-masing.
Here we go!!~ cantik roket air meluncur ke udara selepas tekanan udara dimasukkan ke dalam roket melalui proses mengepam udara menggunakan pam basikal.`
Semasa sesi post mortem, antara komen dan maklum balas ialah roket tidak terbang terlalu tinggi, roket tidak stabil. Mungkin kerana kekurangan pemberat di dalam roket dan juga sayap yang tidak memenuhi kestabilan. Tak mengapa, ini baru percubaan pertama kami. Lain kali, kita boleh buat lagi aktiviti ni dengan menambah baik mana-mana yang belum lengkap. Yang penting, kita semua happy dan mendapat pengalaman baru hari ini :)
Na no tel untuk beli pelancar roket air
ReplyDeletecik / puan boleh call no ni no wassap cg erlim yg jual pelancar roket ni, 013-7679226
ReplyDelete