Sunday 7 July 2019

Model Gunung Berapi oleh Panitia Kimia

Sempena minggu stem yang telah berlangsung di SMK Durian Mas bagi tahun 2019, satu pertandingan membina model gunung berapi telah diadakan anjuran panitia Kimia. Panitia ini diketuai oleh Pn Noridawani Binti Mohammad. Pelajar-pelajar yang terlibat diberi tempoh masa sejak jam 8 pagi hingga 12 tengahari untuk menyiapkan model masing2. Bahan2 untuk membina model adalah dengan menggunakan tisu, kadbod, manila kad, kotak dan bahan2 terpakai mengikut kreativiti para pelajar.
Pn Idawani sedang memerhati anak didiknya bersedia untuk sesi demonstrasi.


sesi pembentangan dan demonstrasi lava berlangsung dengan baik oleh setiap ahli kumpulan sambal diperhatikan oleh juri2 yang terpilih.

Terima kasih diucapkan kepada semua juri yang terlibat iaitu cikgu Rohani, cikgu Yusarimi, cikgu Hasanuddin, cikgu Kamayizuddin dan cikgu Masrul.




Video ini adalah contoh semua bentuk model gunung berapi yang dihasilkan dan dipamerkan pada minggu stem kali ini.

Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana kita dapat melihat kerjasama berkumpulan, serta melihat kesungguhan para pelajar dalam membina model gunung berapi mengikut kreativiti dan imaginasi masing2.

Wednesday 3 July 2019

Membina Piramid Segitiga Sierpinski

Segitiga Sierpinski ialah satu segitiga yang popular dalam dunia matematik kerana ia membentuk suatu corak yang seragam melalui teknik pecahan dan mempunyai pola atau pattern nya yang tersendiri. Segitiga sierpinski boleh membahagi dirinya sendiri secara terus dengan segitiga yang mirip dengan nya cuma bersaiz semakin kecil dan semakin kecil. Walaupun corak dan pola berulang daripada segitiga ini telah wujud lama dahulu, namun Segitiga Sierpinski menjadi popular apabila diperkenalkan secara rasminya buat pertama kali oleh seorang ahli matematik bernama Waclaw Sierpinski pada tahun 1915.
Aktiviti kelab stem kami pada hari ini adalah membina segitiga sierpinski ini. alat-alat yang diperlukan hanyalah kertas bersaiz A4 dan sellotape. Walaupun aktviti ini nampak ringkas, tapi ia nya memerlukan semangat kesepakatan dan kerjasama yang mantap dari semua ahli kelab untuk membolehkan pyramid segitiga ini berdiri dengan tegap dan teguh.







Para pelajar menyiapkan lipatan segitiga yang membentuk pyramid.



kesemua segitiga pyramid yang telah siap digabungkan untuk menjadi pyramid yang lebih besar




Segitiga pyramid dicantumkan dari satu bucu ke bucu lain dengan menggunakan sellotape.

tadaaa… pyramid segitiga kami telah siap :)


Piramid pertama dan kedua dari kiri merupakan gabungan kesemua piramid kecil, manakala pyramid di sebelah kanan sekali merupakan pyramid segitiga sierpinski :)

Aktiviti ini sememangnya menarik dalam memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli kelab. Ia juga menunjukkan 1 pyramid besar yang tersergam itu tentunya disokong oleh banyak pyramid di dalamnya untuk berdiri teguh. Begitu juga dalam mana2 organisasi, satu organisasi yang berdiri teguh pastilah mempunyai ramai watak-watak di dalam nya yang menyokong dan mendorong sesuatu organisasi itu dari tumbang atau jatuh. No man is an island :)