Wednesday, 1 August 2018

Telur Kebal

Ada banyak perkara menarik yang kita boleh lakukan dengan telur. Antara projek kelab kami minggu ini adalah 'Telur Kebal' iaitu membuat suatu sarung kepada telur yang mana sarung ini akan mempertahankan telur di dalam nya dari pecah. Aktiviti ini ringkas dan mudah, juga menyeronokkan.


Kami menyediakan 4 bahan asas kepada para pelajar sebagai bahan untuk membalut telur. Bahan-bahan nya adalah straw, plastik, selotape dan getah. Boleh juga tambahan kertas atau tali, cuma kami rasa bahan yang minima akan menjadikan aktiviti ini lebih mencabar dan lebih menguji daya kreativiti para pelajar.

Pn idawani sedang memberi penerangan tentang apa yang perlu dilakukan oleh para pelajar, dan menunjukkan bahan-bahan yang boleh diguna pakai.









Para pelajar tekun berbincang dan merangka strategi untuk membalut telur menggunakan bahan-bahan yang diberi.


Masa untuk menguji ke kebal an sarung telur masing-masing :)



Pelajar di kehendaki melempar telur yang sudah siap di balut dari tingkat 1 ke bawah :)


Daripada 8 kumpulan yang membuat balutan telur kebal, hanya satu sahaja yang berjaya membuat balutan telur kebal! Kumpulan ini membuat lapisan straw-plastik-selotape sebanyak 3 lapisan, dan lapisan ini telah berjaya menghalang hentakan yang kuat kepada telur dan telur kumpulan mereka tidak pecah apabila di buka. Tahniah~ :)

Nu'man menjadi tukang periksa sama ada telur mengalami retak atau pecah. 

balutan ditunjukkan oleh wakil dari kumpulan yang menang :) 


Aktiviti ini walaupun nampak ringkas dan mudah, tetapi banyak mencungkil kreativiti dan inovasi pelajar dalam memastikan kekebalan telur masing-masing.







No comments:

Post a Comment