Tuesday 26 March 2019

Tangan Berapi

Aktiviti kali ini sebenarnya tidak terancang. Saya selaku guru penasihat terlupa bahawa petang hari ini adalah hari kelab dan persatuan hahaha alasan cliché hihihi..

Jadi bila aktiviti kelab merupakan aktiviti adhoc, aktiviti yang dapat saya buat pada permulaan nya adalah membina jambatan menggunakan diy blok. DIY block ini memang ada dalam simpanan utk sebarang aktiviti ketika relief. Ahli kelab dibahagikan mengikut kumpulan dan di arahkan membina Jambatan yang Paling Panjang.


Huhu 5 minit je budak2 ni dah setel buat jambatan paling Panjang. Dengan hanya menyambung blok2 yang mereka ada. takde unsur kreatif langsung dalam binaan masing2 sebab cikgu cuma letak satu syarat je, iaitu Panjang huhuhuhu. 




 5 minit seterusnya, keluar dah bermacam2 design ciptaan lain yang bukan jambatan hahaha

Dalam tempoh 10 minit, budak2 ni dah mengadu, "bosan lah cikgu". adduuuhhaaaiiii…kerana tempoh masa aktiviti masih ada satu jam lagi, maka kena segera merancang aktiviti tambahan ni.



Teringat tahun lepas masih ada baki sabun dan gas lighter hasil baki projek gimik kelab stem, maka saya pun mengeluarkan stok sabun dan gas tersebut untuk projek seterusnya, Tangan Berapi.


Gimik persembahan sempena hari KOKO tahun lepas, api di hantar secara 'passing hand' dari pelajar pertama sehingga pelajar terakhir.

Bahan yang diperlukan untuk projek tangan berapi. Sabun Joy di pilih kerana buihnya yang banyak, bagus untuk memerangkap gas lighter di dalam gelembungnya. Gas lighter seperti jenama di atas di beli di kedai Mr Diy. 


Apa yang diperlukan adalah bekas yang telah berisi air, masukkan sabun dan kacau hingga berbuih. Setelah berbuih, buih sabun tersebut sedia untuk digunakan. 

Aktiviti ini perlu dilakukan dengan pengawasan guru. Jangan benarkan pelajar lakukan sendirian kerana idea dan kerenah mereka yang tidak terjangkau. Pastikan pelajar telah membasahkan tangan mereka dengan air supaya tiada kesan panas dapat dirasai oleh reseptor kulit tangan. 

Setelah semuanya sedia, picitkan gas lighter di dalam air sabun tersebut. Buih sabun bersama gas boleh di ceduk atau di kaup oleh tangan yang sudah dibasahkan tadi.

Demonstrasi pertama pasti lah oleh guru nya. Kena ingatkan pelajar supaya berhati-hati, dan jangan terlalu excited suka ria sangat. Kaup buih dengan jumlah yang bersesuaian supaya tidak berlebih-lebihan.


Buih bergas yang di kaup sedikit, maka api yang terhasil juga sedikit.

Jika buih sabun ber gas yang dikaup di tangan jumlahnya banyak, maka api akan menyambar dengan maraknya. Memang kena berhati2 bila bermain dengan api ni. 

Sampai tersambar ke dalam bekas berisi buih ber gas. Mujur Akmal tak apa2 masa buat eksperimen ni alhamdulillah.





Teruja masing- masing dengan aktiviti tangan berapi ini. Takde dah bising-bising lagi lepas ni nak buat aktiviti ni :) :) 












No comments:

Post a Comment