Monday 23 July 2018

Karnival STEM di UMT 2018

Universiti Terengganu Malaysia telah menganjurkan karnival STEM pada 21 hingga 22 julai 2018. Sekolah sekolah telah dijemput untuk menyertai pertandingan yang dijalankan dan untuk memeriahkan suasana program. Pelbagai aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung, kesemua nya yang berciri kan stem. Pertandingan robotik, pertandingan roket air, action song bercirikan stem, pertandingan bercerita bercirikan stem, pertandingan kapal terbang kawalan jauh.. pameran dan jualan. Pusat sains dari cawangan terengganu di chendering juga ada membuat aktiviti dan permainan serta tayangan video di sini.

Saya dan seorang lagi guru stem, iaitu cg ros emilia, membawa 8 orang pelajar sekolah kami, dengan menaiki van sekolah.

Posing dalam van semasa perjalanan ke umt

Pertandingan robotik yang berlangsung

Cikgu emi sedang menguji kipas yang automatik berpusing jika sensor nya mengesan objek di hadapan nya pada jarak yang ditetapkan.

Salah satu booth robotik yang bertema kan penyelesaian masalah kebuluran. 

Bergambar bersama model kapal terbang dari salah satu penyertaan pertandingan.




Kami sempat menonton penilaian pertandingan dari kapal terbang kawalan jauh smk lembah bidong. Sgt menarik. Terbang dengan sangat kemas dan juga mendarat dengan baik. Tahniah. Kami tak sempat melihat pertandingan dari sekolah lain kerana masa kami yang terhad. Begitu juga pertandingan roket air. Tak sempat di tonton. 

Apapun, karnival ini merupakan karnival yang menarik dan memberi banyak pendedahan tentang dunia teknologi dan sains. UMT juga sebenarnya sudah mula menawarkan asasi stem kepada para pelajar lepasan spm. Jadi, UMT sendiri memang sudah melangkah setapak ke hadapan berbanding universiti lain dalam memberi pendedahan dan galakan terhadap dunia STEM ini. Selamat maju jaya kepada semua pelajar khususnya dan universiti umumnya.









Thursday 5 July 2018

Roket Air

 Bermain roket air merupakan satu aktiviti yang mencabar, namun ianya sangat menyeronokkan. Ia menguji daya kreativiti seseorang, dalam memastikan roket berjaya diterbangkan dengan baik diudara, tinggi dan meluncur jauh. Benda pertama yang anda perlukan untuk menjayakan projek ini, adalah pelancar roket. Jika anda kreatif dan boleh membina sendiri pelancar tersebut, itu sangat bagus. Tetapi guru-guru penasihat stem sekolah kami tidak ada kepakaran tersebut. Maka, kami membeli pelancar roket secara online dari facebook "Roket Air Cikgu Muslim". Anda boleh membeli pelancar tersebut dengan harga bermula dari RM50. Pelancar beliau sangat mudah di bawa ke mana2, ringkas dan ringan.


            Selain pelancar roket, bahan lain yang diperlukan adalah botol air 1.5 liter, kad manila atau kotak untuk membuat muncung roket dan sayapnya, gunting atau pisau untuk memotong. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang pelajar. Pelajar-pelajar ini merekacipta roket masing-masing berdasarkan kreativiti dan inovasi masing2. Jika anda membuat carian di youtube atau google search, banyak teknik untuk membuat roket air ini. ada yang boleh dilengkapkan dengan parachute payung terjun. Tapi buat permulaan, kelab kami hanya membuat roket air ringkas tanpa parachute.


                                     



                               
Para pelajar khusyuk dan tekun  menyiapkan roket masing-masing.



Masa untuk melancarkan roket kumpulan masing-masing.


                             


  n                         

                             

 Here we go!!~ cantik roket air meluncur ke udara selepas tekanan udara dimasukkan ke dalam roket melalui proses mengepam udara menggunakan pam basikal.`



        Semasa sesi post mortem, antara komen dan maklum balas ialah roket tidak terbang terlalu tinggi, roket tidak stabil. Mungkin kerana kekurangan pemberat di dalam roket dan juga sayap yang tidak memenuhi kestabilan. Tak mengapa, ini baru percubaan pertama kami. Lain kali, kita boleh buat lagi aktiviti ni dengan menambah baik mana-mana yang belum lengkap. Yang penting, kita semua happy dan mendapat pengalaman baru hari ini :)