Tuesday 26 March 2019

Mesyuarat Agung 2019

Tahun baru 2019. Aktiviti pertama Kelab sudah semestinya Mesyuarat Agung untuk lantikan ajk ajk 2019.

Untuk tahun ini, guru penasihat kami telah bertukar seorang guru. Cikgu Ros Emilia Mas Ayu telah ditukar menjadi guru penasihat kelab lain dan tempat beliau digantikan dengan Cikgu Hazwani Abu Bakar. Terima kasih atas sumbangan idea dan pelaksanan aktiviti daripada cikgu Ros Emilia terhadap Kelab STEM bagi tahun 2018. Jasamu amat dikenang.

Senarai AJK bagi tahun 2019. Semoga semua AJK dapat melaksanakan tugas yang di amanahkan dengan baik bagi tahun ini.


Ahli Kelab STEM bagi tahun 2019 adalah berjumlah 40 orang. Seramai 28 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan. Memang dimonopoli oleh pelajar2 lelaki ni hehehe 
Harap2 aktiviti kelab boleh bergerak dengan baik dan lancar.




AJK tertinggi kelab STEM Bersama guru penasihat bagi tahun 2019. Cikgu Hazwani tidak dapat bersama pada hari ini kerana terlibat dengan urusan lain.


No comments:

Post a Comment