Thursday 8 February 2018

Aiskrim Goyang

Pernahkah anda membuat aiskrim yang boleh di makan dalam tempoh selepas 10 minit? Aktiviti ini sangat mudah dilakukan dan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan adalah bekas plastik untuk mengisi air, susu, bekas bertutup, ais dan garam :)

Untuk aktiviti kelab kali ini, kami membuat aiskrim goyang perisa bandung. Anda boleh sahaja menggunakan air perisa yang lain tapi yang sedapnya adalah yang ditambah dengan susu. Rasa lemak berkrim gitu :)

Sebelum memulakan aktiviti, ahli kelab dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dibekalkan dengan plastik aiskrim, bekas bertutup, ais dan garam. Bekas bertutup itu boleh sahaja menggunakan tupperware, botol air, balang gula-gula atau tin biskut. Yang penting boleh memuatkan plastik aiskrim. Garam pun boleh sahaja menggunakan garam halus atau garam kasar. terpulang kepada pilihan masing-masing.


                             
Selesai pelajar mengisi plastik aiskrim dengan air bandung, pelajar memasukkan plastik aiskrim yang telah siap tersebut ke dalam bekas tertutup yang dipenuhi dengan ais. 


                                                 
Tambahkan anggaran dua sudu garam ke dalam bekas berisi ais dan plastik air bandung tersebut.




                                     

Bekas bertutup itu kemudian digoncang dalam tempoh masa 10 minit dan taraaa!! air bandung di dalam plastik itu telah membeku membentuk tekstur aiskrim :) :)
                                                  

Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Takat beku ais adalah 0 darjah celcius. Menambah garam ke dalam ais menyebabkan suhu takat beku diturunkan kepada negatif. Suhu yang semakin menurun tersebar ke sekeliling melalui goncangan pada bekas tertutup dan menyebabkan cecair di persekitaran turut membeku. 

No comments:

Post a Comment