Sunday, 30 September 2018

Height vs Stability

Aktiviti kelab minggu ini menguji daya kreativiti pelajar dalam membina model yang tinggi dan stabil. Pelajar di bekalkan dengan lidi sate, plastisin dan selotape. Pelajar dikehendaki membina suatu model yang tinggi dan dalam masa yang sama stabil iaitu boleh berdiri dengan sendiri nya.


Pelajar sedang termenung takde idea masa mula2 nak bina model bentuk apa hihi


Pelbagai rekaan mula terbentuk hasil percambahan idea secara berkumpulan



lidi -lidi sate dicantumkan dengan menggunakan plastisin dan selotape




Hasil model yang dibina berdasarkan kreativiti kumpulan masing-masing.



      Walaupun bahan-bahan yang digunakan adalah bahan yang ringkas dan mudah di dapati, tapi projek ini tetap dapat mencungkil kreativiti dan inovasi para ahli kelab. Kebanyakan pelajar dapat membina model tersebut mengikut syarat ketinggian, tetapi kurang stabil. Mudah bergoyang kerana asas yang kurang kukuh. 

    Aktiviti ini bagus dalam menambah ilmu pengetahuan tentang kepentingan asas struktur sesebuah bangunan. Walau setinggi mana pun bangunan yang ingin di bina, asas kestabilan perlu lah dititik beratkan oleh pembina bangunan.