Saya dan seorang lagi guru stem, iaitu cg ros emilia, membawa 8 orang pelajar sekolah kami, dengan menaiki van sekolah.
Posing dalam van semasa perjalanan ke umt
Pertandingan robotik yang berlangsung
Cikgu emi sedang menguji kipas yang automatik berpusing jika sensor nya mengesan objek di hadapan nya pada jarak yang ditetapkan.
Salah satu booth robotik yang bertema kan penyelesaian masalah kebuluran.
Bergambar bersama model kapal terbang dari salah satu penyertaan pertandingan.
Kami sempat menonton penilaian pertandingan dari kapal terbang kawalan jauh smk lembah bidong. Sgt menarik. Terbang dengan sangat kemas dan juga mendarat dengan baik. Tahniah. Kami tak sempat melihat pertandingan dari sekolah lain kerana masa kami yang terhad. Begitu juga pertandingan roket air. Tak sempat di tonton.
Apapun, karnival ini merupakan karnival yang menarik dan memberi banyak pendedahan tentang dunia teknologi dan sains. UMT juga sebenarnya sudah mula menawarkan asasi stem kepada para pelajar lepasan spm. Jadi, UMT sendiri memang sudah melangkah setapak ke hadapan berbanding universiti lain dalam memberi pendedahan dan galakan terhadap dunia STEM ini. Selamat maju jaya kepada semua pelajar khususnya dan universiti umumnya.